Friday, 8 June 2012

APA ADA DI HULU SELANGOR??

KUALA KUBU BHARU


Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.

Sejarah
Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.
Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dnegan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu.



Gambar 1 : Bangunan lama yang terdapat di KKB



EMPANGAN PERETAK


Gambar 2 : Empangan Sungai Selangor


Empangan Kuala Kubu Bharu ini adalah salah satu destinasi yang cantik untuk dikunjungi. Empangan ini sangat luas dan mempunyai pemandangan flora yang pasti memukau. Perjalanannya hanya beberapa kilometer daripada Pekan Kuala Kubu Bharu. Jika anda melalui jalan untuk ke Bukit Fraser pasti anda akan terpegun dengan keindahan empangan ini.


ALOR LEMPAH, AMPANG PECAH



Gambar 3 : Air Terjun buatan manusia

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi. boleh bermandi-manda, memancing, mengambil gambar dan berkelah bersama keluarga. Hayatilah keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. 


BUKIT KUTU


Gambar 4 : Bangunan tinggalan British di Bukit Kutu


NAMANYA mungkin kedengaran sedikit lucu, namun Bukit Kutu tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Terletak di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, lokasi itu saban minggu sering menjadi tumpuan para penggemar dan penggiat rekreasi serta pencinta alam khususnya dari sekitar Lembah Klang.
Semuanya disebabkan keindahan alam semula jadinya yang unik dan masih kekal terpelihara sehingga kini.
Mempunyai ketinggian kira-kira 1,090 meter dari paras laut, puncak Bukit Kutu menghidangkan panorama alam yang menarik kunjungan pelawat.
Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna, di situ juga pengunjung boleh melihat beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu.

Jika cuaca baik, kemungkinan besar boleh melihat panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.


TAMAN REKREASI MILLENIUM


Gambar 5 : Tasik Millenium

Merupakan salah satu tempat rekreasi yang terdapat di KKB. Tempat ini merupakan tapak bekas lombong yang telah ditambak dan dijadikan tempat rekreasi. Berdekatan dengan Darul Quran. 

Aktiviti yang boleh dijalankan disini seperti berjoging, memancing, berkelah, flying fox, bola sepak dan berbasikal. 

Tempat ini biasanya penuh dengan pengunjung pada hari minggu dan cuti sekolah.


SANTUARI IKAN SUNGAI CHILLING





Gambar 6 : Air Terjun Sungai Chiling

Ini adalah Santuari Ikan Sungai Chiling. Sungai ini terletak di Kuala Kubu Bharu  menuju ke  Bukit Fraser.

Anda boleh berkelah, jungle trekking, memberi makanan ikan, menaiki jambatan gantung, menyeberangi sungai dan berenang.

Anda juga boleh menikmati air terjun di sini. 




2 comments:

  1. Aku nak pegilah tempat2 ni n tentu tidak menghampakan.

    ReplyDelete